Wikipedia:Cara pemilihan nama

Templat:Content policy listTajuk rencana ialah suatu senarai garis panduan tentang bagaimana mencipta dan menamakan tajuk rencana.Cara yang dikemukakan di sini ialah kelaziman, bukannya sesuatu yang harus dipatuhi. Ketika Wikipedia berkembang dan berubah, sesetengah kelaziman yang pernah berguna mungkin menjadi lapuk, dan mungkin "jelas" tidak sesuai. Bagaimanapun, jika anda mengalami keraguan, ikutlah kebiasaan.Secara amnya, penamaan tajuk rencana harus mengutamakan pemahaman oleh sebahagian besar pembaca (tanpa menimbulkan kekekaburan sedapat mungkin), dan pada waktu yang sama, memudahkan penciptaan pautan ke rencana yang lain. Cara yang lain untuk menyatakan prinsip penamaan rencana Wikipedia ialah:Selain daripada mengikuti kelaziman penamaan, mengikuti kelaziman mencipta pautan juga penting. Mengikuti kelaziman kedua-dua penamaan dan penciptaan pautan dengan tekal akan memastikan bahawa pautan akan dikaitkan ke tempat yang betul. Pautan peralihan harus dicipta sewaktu terdapatnya rencana yang mempunyai dua atau lebih nama (umpamanya, perkara atau benda yang mempunyai ejaan yang tidak sama, atau mempunyai nama yang lama). Sebaliknya, istilah yang digunakan untuk memerihalkan banyak istilah carian yang berbeza akan memerlukan halaman nyahkekaburan.Jika anda ingin mencadangkan kelaziman penamaan baru, sila kemukakan cadangan anda dalam Perbualan Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana, sambil mengumumkan cadangan anda dalam halaman Permintaan untuk komen dan Kedai Kopi, serta dalam mana-mana satu halaman yang berkaitan. Sewaktu sepersetujuan dicapai, cadangan anda boleh diterima sebagai kelaziman penamaan tajuk rencana dan disenaraikan di bawah.